Selasa, 3 Julai 2012

Nik Aziz lancar buku 'Bertemu Janji Allah'



13 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Sempena Pesta Buku Selangor 2012, Kemilau Publika akan melancarkan buku karya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjudul 'Bertemu Janji Allah'.

Majlis akan diadakan pada 8 Julai 2012 (Ahad), jam 11.00 pagi bertempat di Pusat Konvensyen SACC Shah Alam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga akan menyertai majlis itu bagi memeriahkan majlis tersebut. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dijangka akan turut serta di majlis ini.

Buku ini adalah kompilasi daripada kuliah Tok Guru Nik Aziz yang boleh dianggap segar sepanjang zaman.

Buku Bertemu Janji Allah ini mengajak pembaca menyelusuri jalan-jalan di mahsyar yang menyayat hati.

"Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat, Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat kerana di sanalah kesenangan abadi," kata penerbitnya, Masri Abu Soed.

Buku 'Bertemu Janji Allah' boleh didapati dengan harga RM39.00 dan diskaun hebat disediakan.

Buku ini adalah edisi kulit keras (hard cover) dan sudah berada di semua kedai-kedai buku utama seluruh negara termasuk MPH & Popular Bookstores.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai dan masuk adalah percuma.

Penyanyi Jefrydin Terima Surat Hakmilik Tanah Dari Kerajaan Selangor Setelah 10 Tahun Menanti


Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydeen Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor di Kampung Melayu Subang Tambahan di sini hari ini.
Beliau yang menetap di kampung tersebut sejak 1996 mengucapkan rasa syukur kerana impiannya bagi memiliki hak kepada tanah yang diduduki akhirnya tercapai.“Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya.Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal,” kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu “Kenanganku”.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Penduduk kampung tersebut di sini hari ini.Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.



Seorang lagi penerima, Che Nah Salleh, 60, berkata pemberian hakmilik itu adalah bukti Kerajaan Negeri amat mengambil berat akan kebajikan rakyat di Selangor.Pesara kakitangan kerajaan itu pernah membuat permohonan hakmilik pada zaman pentadbiran Umno-BN tetapi keputusannya menghampakan.“Selepas 2008 barulah segalanya berubah dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan.

Memang saya gembira dengan anugerah ini,” kata ibu tunggal lima anak yang kematian suami pada 1981 itu.Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mendapati masih ramai penduduk di sesuatu kawasan penempatan di Selangor yang masih tidak dapat hakmilik.

.Ini kerana mereka adalah terdiri dari penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan tersebut dalam tempoh yang lama.“Oleh sebab itu Kerajaan Negeri telah meminta Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah untuk menyelesaikan masalah ini.Walaupun masanya agak lama untuk selesai, iaitu lebih dari setahun, tetapi saya rasa bila sudah diselesaikan, ia memberikan ketentuan kepada pemiliknya,” katanya. -selangorku

Ahad, 1 Julai 2012

PAS PERAK JALIN KERJASAMA BAIK DENGAN POLIS PERAK

emel Cetak PDF


IPOH, 20 Jun, PAS Perak telah mengadakan satu sesi lawatan kunjung mesra ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak untuk bertemu  Ketua Polis Perak Dato' Mohd Shukri bin Dahlan . Menurut Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, beliau mewakili PAS Perak sangat menghargai kerjasama baik yang diberikan oleh Ketua Polis Perak khususnya kerana dapat bertukar idea bagi menyelesaikan banyak perkara berhubung isu-isu semasa di negeri Perak ini.
Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak,
“Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pimpinan PAS Perak dengan pucuk pimpinan polis kontijen Perak, ini menunjukkan PAS Perak sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua pihak bagi memastikan hubungan silaturrahim sesama insan terpelihara dengan baik”.
“ PAS Perak sentiasa mengharapkan agar pihak polis menjalankan amanah mereka dengan adil dan saksama terhadap rakyat tanpa membezakan latarbelakang politik yang berbeza dikalangan rakyat”
“Kami juga sempat membawa isu-isu penting untuk dibincangkan antaranya, isu berkenaan program-program yang dianjurkan oleh PAS di negeri ini sentiasa diganggu oleh UMNO, perbincangan mengenai kerjasama antara PAS dan pihak polis untuk bersama membenteras jenayah di negeri ini dan beberapa isu semasa yang lain”
Memetik ucapan Ketua Polis Perak
“ Saya sangat menghargai kerjasama yang diberikan pimpinan PAS Perak, insyaAllah pihak polis akan memberikan kerjasama yang baik atas segala pandangan dan idea yang diberikan pimpinan PAS Perak”
Kesimpulan daripada pertemuan ini akhirnya mencetuskan beberapa resolusi penting antaranya ialah PAS sebagai sebuah parti yang terbuka untuk semua dan bersedia memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan keamanan dan keadilan untuk rakyat dapat dicapai.
Rombongan tersebut di ketuai oleh Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Perak, turut hadir bersama ialah, Ustaz Misbahul Munir ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ), Haji Razman Zakaria ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ), Ustaz Zawawi Hassan ( Ketua Pemuda PAS Perak ), Dr Najihah Ahmad ( Ketua Muslimat PAS Perak ), dan beberepa pimpinan tertinggi yang lain.

Rabu, 27 Jun 2012

ALU-ALUAN

Assalamu'alaikum...
Saya sebagai Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Lenggong, mengalu-alukan kehadiran blog baru ini yang akan memuatkan berita-berita dan maklumat terkini pelbagai kegiatan dan program.
     Blog ini diharap dapat dimanfaatkan oleh LKK PAS kawasan seluruh Perak dan diharap menjadi media alternatif yang mendapat sambutan pelbagai peringkat masyarakat di negeri ini.
     Saya mengalu-alukan setiap LKK PAS kawasan menghantar berita-berita terkini program atau aktiviti masing-masing untuk dimuatkan dalam blog ini.
     Selamat maju jaya. 

Isnin, 25 Jun 2012

Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)

Mesir: Kemenangan manis usaha tegak keadilan



5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kemenangan Dr Mohamed Morsi di Mesir yang diisytiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang manis dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah Taala.

Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali At-Takiri (gambar) dalam laman sosial beliau ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Morsi diisytiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihan raya Presiden negara itu.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 juta undi.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

"Moga kemenangan Ikhwan Muslimin di Mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat.

"Dan untuk akhirnya bumi ini ditadbir oleh hamba-hamba yang soleh sebagaimana janji Allah bahawa bumi ini pasti diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh," ujar Khairuddin.