Rabu, 27 Jun 2012

ALU-ALUAN

Assalamu'alaikum...
Saya sebagai Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Lenggong, mengalu-alukan kehadiran blog baru ini yang akan memuatkan berita-berita dan maklumat terkini pelbagai kegiatan dan program.
     Blog ini diharap dapat dimanfaatkan oleh LKK PAS kawasan seluruh Perak dan diharap menjadi media alternatif yang mendapat sambutan pelbagai peringkat masyarakat di negeri ini.
     Saya mengalu-alukan setiap LKK PAS kawasan menghantar berita-berita terkini program atau aktiviti masing-masing untuk dimuatkan dalam blog ini.
     Selamat maju jaya. 

Isnin, 25 Jun 2012

Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)

Mesir: Kemenangan manis usaha tegak keadilan



5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kemenangan Dr Mohamed Morsi di Mesir yang diisytiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang manis dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah Taala.

Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali At-Takiri (gambar) dalam laman sosial beliau ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Morsi diisytiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihan raya Presiden negara itu.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 juta undi.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

"Moga kemenangan Ikhwan Muslimin di Mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat.

"Dan untuk akhirnya bumi ini ditadbir oleh hamba-hamba yang soleh sebagaimana janji Allah bahawa bumi ini pasti diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh," ujar Khairuddin.

Implikasi politik dunia ekoran kemenangan Dr Morsi



5 Syaaban 1433H. [MOD] -

Peristiwa besar yang berlaku di luar negara adalah perkembangan politik yang sedang berlaku di Mesir. Setelah seminggu berada di bumi Mesir, saya dapat bersama menyaksikan satu era baru yang terukir dalam sejarah politik dan pemerintahan Mesir.

Bagi saya, sesungguhnya politik Mesir adalah ibarat permainan catur yang penuh dengan debaran kepada banyak kalangan.

Namun rakyat Mesir sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka telah berjaya memilih seorang Presiden yang dipilih terus oleh rakyat setelah berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan diktator dan ’kuku besi’.

Lebih manis lagi apabila yang terpilih adalah Dr. Mohamed Morsi calon dari Freedom and Justice Party (FJP) parti politik tajaan Ikhwan Muslimin Mesir.

(Rakyat Mesir meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir)

Hanya setahun lalu, tidak siapa dapat menjangkakan rejim 'kuku besi’ Hosni Mubarak yang juga merupakan sekutu akrab Amerika Syarikat, Britain serta Kesatuan Eropah (EU) dalam menentang 'terroris Islam' serta 'menjamin keselamatan Israel’ berjaya digulingkan oleh rakyat Mesir dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat’ yang turun secara sukarela meluahkan perasaan, berdemonstrasi ke jalan-jalanraya di seluruh negara.

Dan pada minggu ini, sekali lagi kita dapat menyaksikan sejarah terukir apabila ratusan ribu rakyat Mesir terutamanya dari kalangan golongan muda membanjiri Dataran Tahrir yang terletak ditengah-tengah kota Kaherah bagi meraikan kemenangan mutlak calon Ikhwan Muslimin itu walaupun ada percubaan awal dari pihak tentera SCAF bagi menafikan kemenangan itu.

Kemenangan rakyat ini adalah amat manis bagi Ikhwan Muslimin di Mesir. Apa tidaknya. Kalau setahun lalu Ikhwan Muslimin adalah dianggap sebagai sebuah 'pertubuhan haram’ dan sesiapa yang didapati menjadi ahli pertubuhan ini akan terus ditangkap.

Sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Anwar Sadat dan Mubarak, Ikhwan Muslimin telah dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan.

Mereka diharamkan dari bergerak aktif di Mesir dan semua media massa di kawal ketat dengan tidak dibenarkan sebarang bentuk kritikan terhadapi rejim ini.

Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim ini sampai kepada kemuncaknya apabila mereka telah bertindak membunuh serta memenjara ribuan para ulama dan cendekiawan yang simpati dengan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Namun kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden ini juga berhadapan dengan penuh cabaran besar yang terpaksa terus dihadapi.

Isu utama yang dianggap paling sensitif adalah hubungan beliau sebagai Presiden dengan pihak tentera SCAF yang sejak sekian lama telah mendominasi kuasa dan politik Mesir.

Pada proses pengundian Pilihanraya Presiden pusingan kedua, ia di cemari oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan Mesir yang telah membatalkan semua keputusan pilihanraya Parlimen yang telah di adakan beberapa bulan lepas.

Pihak tentera SCAF serta-merta membubarkan Parlimen dan menghalang ahli-ahli Parlimen yang majoritinya dari parti FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi dari memasuki bangunan Parlimen.

Keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak di seluruh Mesir. Ia di anggap sebagai suatu percubaan ‘rampasan kuasa’ dengan menggunakan keputusan Mahkamah dimana majoriti Hakim-Hakim masih dikuasai oleh mereka yang setia kepada bekas Preiden Mubarak.

Pimpinan FJP menggangap keputusan mahkamah ini sebagai satu malapetaka besar kepada seluruh rakyat Mesir dan adanya usaha untuk merampas kembali Revolusi rakyat yang di lakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan.

Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera.

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Di peringkat antarabangsa pula, Dr. Morsi berhadapan dengan cabaran menunaikan janji ‘menilai semula perjanjian Camp David’ dengan Israel yang memberi banyak kelebihan dan perlindungan berat sebelah kepada rejim Zionis itu.

Persoalan ini jugalah yang banyak di tumpukan oleh pembuat polisi di ‘White House’ bagi menilai hubungan Amerika Syarikat dengan Mesir dibawah seorang Presiden yang berlatar-belakangkan Ikhwan muslimin yang menolak dasar kekejaman dan apartied negara Zionis Israel.

Perlu diingat bahawa Mesir adalah sekutu terpenting Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah sejak lebih 4 dekad yang lalu. Amerika Syarikat juga menyalurkan lebih US3 billion setiap tahun kepada rejim Mubarak terutamanya untuk persenjataan dan pertahanan.

Atas dasar inilah Mesir dianggap sebagai 'buffer' atau 'pintu penghalang' bagi menyekat sebarang ancaman serta menjamin keselamatan dan keamanan Israel.

Begitu juga dengan 'Terusan Suez’ yang merupakan nadi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menyalurkan minyak dan gas.

Sepanjang kempen pilihanraya Presiden yang dijalankan, Dr. Mohamed Morsi juga berhadapan dengan konspirasi media barat dan kebanyakan media utama Mesir bagi memastkan calon Ikhwan Muslimin ini kalah.

Pelbagai publisiti negatif telah di timbulkan dan beliau telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Manakala calon pilihan mereka, Ahmed Shafik pula telah diberikan pelbagai publisiti positif oleh media barat terutamanya BBC dan CNN serta media utama di Mesir dan dianggap ‘sebagai calon penyelamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Namun keputusan resmi yang di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir yang mengesahkan kemenangan berpihak kepada Dr. Mohamed Morsi adalah kemenangan ‘Kuasa rakyat’.

Seperti ungkapan awal beliau; ‘Saya adalah Presiden yang dipilih bagi seluruh rakyat Mesir. Semua rakyat termasuk penganut Kristian adalah rakyat di bawah saya bagi sama-sama membangunkan Mesir yang baru’.

Ya, apapun yang ada dihadapan dalam politik Mesir, catur politik antara Dr. Mohamed Morsi sebagai seorang Presiden dengan pihak tentera SCAF akan terus dibidak bagi menentu masa hadapan politik Mesir.

Sementara itu Amerika Syarikat dan sekutunya akan terus menjadi pemerhati yang ‘istemewa’. Ia juga akan menjadi inspirasi dan semangat baru selepas Arab Spring kepada seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia.

Tahniah Dr. Morsi...

-------------------------

Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS yang berada di Mesir baru-baru ini. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk TWITTER: @syedazman

PRU13: Kemenangan Dr Morsi inspirasi buat PAS



5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kemenangan Dr Mohamed Morsi (gambar) sebagai Presiden Mesir sebagai inspirasi buat PAS bagi memimpin kebangkitan rakyat dalam PRU13.

“DPPM percaya kemenangan ini menunjukkan bahawa trend dan gelombang perubahan telah semakin diterima oleh rakyat seluruh dunia dan trend ini sedang menular pula ke negara ini,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Justeru, kata beliau jentera dan penyokong PAS di seluruh negara menyambut kemenangan ini dengan bertakbir dan bersyukur serta menaikkan semangat mereka bekerja bagi menghadapi pilihan raya di negara ini pada bila-bila masa.

Katanya, DPPM juga merasa bersyukur dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir yang baru.

“Kemenangan ini wajar buat rakyat Mesir yang telah terjajah lama di bawah rejim Hosni Mubarak yang bertindak zalim terhadap rakyatnya,” katanya.

Katanya, Rakyat Mesir juga bergelut dengan krisis kepimpinan yang berlarutan sejak kejatuhan Hosni Mubarak sehingga telah membunuh beribu rakyatnya.

Bagi DPPM, ujarnya tidak ada apa yang lebih memaniskan selain apabila rakyat Mesir memilih jalan demokrasi yang sebenar dalam pemilihan kepimpinan mereka.

“Keputusan yang dianggap adil dan telus telah menyaksikan rakyat memilih Dr Mohammed Morsi sebagai Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafiq mewakili proksi rejim terdahulu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, demokrasi yang tulen dan telus adalah jalan keluar bagi mereka yang mencari keadilan dalam sesebuah negara, dan Mesir telah berjaya mendapatkannya.

“DPPM mendoakan supaya negara Mesir menjadi aman, makmur dan adil di bawah pemerintahan Dr Mohammed Morsi.

“DPPM juga mengharapkan supaya rakyat di sana turut mendoakan supaya angin perubahan ini melanda negara ini dengan kemenangan mutlak kepada Pakatan Rakyat pula dalam PRU ke 13,” tambahnya.

Ulama Umno akui PAS konsisten, Ridhuan emosi



5 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Ulama Muda Umno, Fathul Bari memberitahu PAS sangat konsisten di mana politik tidak boleh dipisah dengan agama.

“Saya setuju di mana PAS sangat kosisten dalam isu tersebut. Saya pertegaskan ketaatan di atas perkara yang makruf.

“Apabila timbul segala masalah hendaklah kita rujuk kepada al Quran dan Hadis,” katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi.

Emosi

Wacana siri ke-11 mencatat sejarah apabila seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat mengawal emosinya apabila hujahnya mendapat respon negatif penonton.

Ada ketikanya selepas diberi peluang moderator, Amin Idris, pengacara TV9 Dr Ridhuan tidak mahu menjawab soalan mungkin terkilan dengan gelagat penonton.

Malah beliau dua kali bangun berdiri ketika menjawab soalan moderator dan penonton. Amalan itu tidak pernah berlaku sejak siri wacana diadakan tiga tahun lalu.

Penalis lain bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Penuh sesak

Wacana itu juga mencatat sejarah apabila kehadiran luar biasa sehingga ramai terpaksa mengikuti dengan menonton melalui skrin besar di luar dewan.

Fathul juga berkata, sejak lebih setahun menyertai Umno beliau telah memberi nasihat kepada pemimpin Umno secara tertutup dan bukan terbuka.

Selain itu beliau menganjurkan program usrah di Masjid PWTC dan merangka modul usrah.

Beliau yang agak petah membaca ayat-ayat al Quran dan Hadis serta membawa sirah-sirah pada awalnya menerima terjahan penonton apabila berkata, kalau hendak bercakap politik hendaklah keluar daripada kepompong agama.

“Antara PAS dan Umno sebenarnya bukan berpecah sebaliknya hanya berselisih pandangan. Maka saya datang ke sini malam ini untuk mencari kaedah membincangkan Islam dan bukan untuk berpecah,” ujarnya.

Orang Islam terancam

Dr Ridhuan Tee pula meluahkan rasa bimbang kerana baginya kekuatan orang Islam dan bukan Islam sekarang 50-50.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak boleh hendak harapkan untuk selamatkan Islam.

“Saya juga tidak nampak agenda Islam lebih baik dengan apa yang dilakukan kerajaan sekarang atau kerajaan akan datang.

“Saya takut kita hanya menang sorak kalau tidak mahu berubah,” katanya, yang disifatkan penonton hujahnya mewakili kelompok Umno.

Beliau dilihat ramai cuba mengheretkan idea supaya PAS dan Umno bersatu bagi memperkuatkan orang Melayu dan Islam.

Umno khianati orang Melayu

Bagaimanapun hujah itu ditolak Dr Fadzli dengan menceritakan sejarah Umno merosakkan orang Melayu ketika pakatan dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuh pada 17 Oktober 1945.

Parti tersebut merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

“Semua pemimpin Melayu bernaung di bawah PKMM, namun pemimpin Umno secara senyap-senyap berunding dengan penjajah sehingga ditinggalkan PKMM selepas diberi habuan oleh Inggeris.

“Umno sekali lagi mengkhianati PAS apabila parti itu mulai mendapat sokongan selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya 1974.

“Sedangkan semasa menghadapi peristiwa 13 Mei 1969 Umno mengharapkan kerjasama PAS bagi memperkuatkan orang Melayu, namun selepas menang selepas PAS ditendang keluar,” ujarnya.

Dr Asri pula meluahkan rasa hairan apa ancaman sebenarnya yang akan dihadapi orang Islam sekiranya ada perubahan pentadbiran negara selepas PRU-13 nanti.

“Adakah masjid akan diruntuhkan, orang Islam tidak boleh solat lagi, jadi kita hendak tahu apa yang terancamnya apabila orang Melayu membuat perubahan politik baru,” katanya.

Ahad, 24 Jun 2012

Ahad, 24 Jun 2012

TAHLIL PERDANA - 500 BORANG TELAH DIEDARKAN

LENGGONG - Penyertaan Program Tahlil Perdana anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Lenggong setakat ini belum menampakkan sambutan menggalakkan, kerana pengedaran borang-borang baru bermula.
     Ketua lajnah berkenaan, Sdr Mohd Hatta Abdul Aziz, berkata sebanyak 500 borang permulaan yang dicetak telah diedarkan, manakala 500 borang lagi akan dicetak dan diedarkan segera.
     Katanya, sebanyak 1000 borang sahaja akan diedarkan dan sekiranya dikembalikan semula sekurang-kurangnya 500 borang, membuktikan program itu diterima masyarakat, khususnya oleh ahli-ahli PAS seluruh Parlimen Lenggong sendiri.
     "Beberapa borang telah dikembalikan setakat ini selepas sehari diedarkan. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan menjangkakan program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat.
     "Kita akan menjadikan program ini sebagai program tahunan pada setiap kali menjelang Ramadhan bagi membuka peluang kepada masyarakat yang hendak menghadiahkan tahlil kepada anggota keluarga yang telah meninggal.
     "Progam ini diadakan bertujuan meringankan bebanan bagi mereka yang sekiranya hendak mengadakan kenduri tahlil di rumah mungkin memerlukan belanja yang agak besar.
     "Jadi melalui kaedah program ini mereka boleh menyertai dengan mengisi borang yang diedarkan dan sekiranya ingin menyumbang, berilah sumbangan ikhlas ala kadar," katanya.
     Mohd Hatta berkata, setiap borang boleh dimuatkan lima penama simati dan borang yang telah diisi bolehlah diserahkan kepada Lajnah Kebajikan sehari sebelum program yang akan berlangsung pada 12 Julai nanti.     

Jumaat, 22 Jun 2012

TAHLIL PERDANA

LENGGONG - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Lenggong akan mengadakan program Tahlil Perdana pada 12 Julai 2012 bertempat di rumah Timbalan Pesuruh Jaya 3 PAS Perak yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Zakaria.
     Jurucakap LKK PAS Lenggong, berkata program berkenaan bermula dengan solat Maghrib, baca Yasiin dan tahlil, solat Isya' dan solat hajat.
     Katanya, jamuan nasi disediakan untuk muslimin dan muslimat yang hadir.
     "Borang penyertaan program itu akan diedarkan secepat mungkin, di mana lima ruangan disediakan untuk diisi penama-penama untuk dihadiahkan tahlil.
     "Waris yang menyertakan penama-penama untuk dihadiahkan tahlil dikenakan bayaran RM10 untuk lima orang," katanya.
     Jurucakap LKK berkata, semua borang yang telah diisi serta sumbangan hendaklah dibawa pada petang sebelum program bermula supaya pihak penganjur dapat mengumpul seberapa ramai penama untuk dihadiahkan tahlil.
     Katanya, penyertaan dijangka menggalakkan kerana ramai peserta berhajat untuk menghadiahkan tahlil kepada anggota keluarga mereka yang telah kembali ke Rahmat Allah SWT.


PANASSSS……USTAZ SAYA NAK BERTANYA TENTANG ISU SEORANG USTAZ DALAM RADIO YANG MENGATAKAN ARTIS YANG DAH BERUBAH PAKAI SERBAN ,…JUBAH…KONONNYA DAH BERTAUBAT ADALAH ARTIS YANG DAH TAK LAKU…DAH TUA….DAH MENGGELEBEH BADAN BARU NAK PAKAI JUBAH DAN BERTUDUNG….SAJA NAK CARI PUBLISITI…..APA PANDANGAN USTAZ……..

Terima kasih dengan soalan yang diberikan…..dan saya juga tak mahu bertanya siapakah ustaz itu….cumanya saya ingin menegaskan bahawa ustaz itu mungkin tak mengkaji sedalamnya kisah dan sejarah kehidupan artis yang berubah menjadi lebih Islamik.

Mari kita lihat artis-artis penyair pada zaman Nabi saw yang terkenal yang berhijrah dari kehidupan jahiliah kepada kehidupan Islam dan iman sertai lebih diredhai…….

Di zaman jahiliyah…kedudukan penyair adalah seumpama kedudukan selebriti artis yang mempunyai pengaruh tertentu dan peminatnya yang tersendiri di kalangan masyarakat Arab…penyair-penyair yang berbakat dan terkenal adalah rebutan golongan bangsawan….dan golongan pemerintah yang memerintah….kerana alunan syair yang indah dengan susunan senikatanya yang amat hebat boleh menaikkan nama mereka di mata manusia ketika itu……

Seorang penyair mampu membuatkan pendengarnya merasa simpati…sayang…marah berduka…setia…sanggup berkorban nyawa…kerana itulah..bagi pemimpin yang ingin membina imej yang baik akan mengupah penyair-penyair ini dengan bayaran yang mahal agar dicipta syair..yang berbentuk bodekan dan puja pujian yang melampau…bagi menaikkan imej golongan pembesar dan pemerintah di ketika itu…..maka dengan syair yang dibuat oleh penyair itulah yang menjadikan seorang tokoh pemimpin itu nampak kuat…gagah ..perkasa….baik..pemurah..
berani….walaupun pujian yang digambarkan itu agak keterlaluan dan lari dari gambaran mahupun realiti yang sebenar.

Maka dengan ayat yang mudah untuk kita fahami…..penyair di zaman jahiliyah terpaksa membodohkan diri mereka dan mencabul bakat mereka semata-mata…untuk membodek para penguasa dan pembesar..bagi mencari sesuap nasi….mencari pengaruh dan kemewahan….mencari perlindungan agar tidak disakiti….agar hidup selesa…dan kaya raya…..walaupun terpaksa melacurkan prinsip dan impian seni mereka sendiri.

Apabila dakwah ke arah Islam disebarkan oleh Nabi saw…..penguasa musyrik Mekah telah menggunakan khidmat para penyair ini untuk menyakiti dan menghina diri Nabi saw dan keluarga baginda….Mereka telah mereka syair-syair dengan bait-bait dan rangkap-rangkap syair yang jelas menghina dan menyakiti perasaan nabi….
Walaupun dari segi kemanusiaan penyair –penyair itu tahu bahawa syair yang mereka cipta itu salah dan berlawanan dengan naluri seni mereka…namun terpaksa juga dihasilkan syair penghinaan terhadap Nabi saw…semata-mata untuk mengembirakan tuan-tuan mereka yang membenci Nabi saw.

Namun Allah itu maha berkuasa dan maha bijaksana……dengan penurunan Al-Quran sebagai wahyu kepada Nabi saw….sebagai bukti kerasulan Nabi saw…maka Allah taala telah menurunkan kalamnya yang tersusun indah…malah lebih indah dan mendalam maksudnya..daripada syair manusia….walau sehebat mana pun penyair itu…..mereka tidak dapat melawan keindahan kata-kata dari firman Allah di dalam Al-Quran……….

Ini dibuktikan dengan cabaran Allah kepada penguasa dan penyair-penyair mereka….di dalam Al Quran:

وَ إِن‌ كُنتُمْ فِي‌ رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَي‌' عَبْدِنَا فَأْتُوا بُِسُورَةٍ مّـِن‌ مِّثْلِهِ وَ ادْعُوا شُهَدَآءَكُم‌ مِّن‌ دُونِ اللَهِ إِن‌ كُنتُمْ صَـ'دِقِينَ.
فَإِن‌ لَّمْ تَفْعَلُوا وَ لَن‌ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي‌ وَقُودُهَا النَّاسُ وَ الْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَـ'فِرِينَ.

"Dan jika kamu merasa ragu-ragu denan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surahyang seumpamanya,ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yangbenar.Dan sekiranya kamu tidak mampu..pastinya kamu tidak mampu (membawakan ayat yang standing dengannya) maka takutlah kamu kepada api neraka yang dibakar di dalam neraka dengan bahan bakar dari manusia dan batu..yang disediakan khas bagi orang –orang yang kafir

(Al-Baqarah : Ayat 23)

Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.”
(Surah al-Israa’, ayat 88)

Apabila diturunkan Al-Quran kepada Nabi saw…..iaitu satu mukjizat yang terhebat…dengan susunan kalamullah yang indah ..mematahkan segala hujah dan tuduhan yang tidak berasas para penyair….Walau seindah manapun syair mereka pasti akan dikalahkan dengan keindahan firman Allah yang sememangnya menyebabkan manusia hatta penyair yang hebat pun terpegun..dan tertarik hati.

Kalamullah di dalam Al-Quran…terlalu indah sehingga mencarik-carik..merobek-robek jiwa mereka..sehingga dalam keadaan tidak sedar mereka mnegakui bahawa ini bukan kalam manusia biasa..kerana mereka adalah ahli dan pakar di dalam menyusun kata-kata…..

Begitu besarnya pengaruh Al Quran itu dalam hati orang-orang Arab, sehingga Bujair ibn Zuhair menulis surat kepada saudaranya Ka'ab..seorang penyair yang dahulunya menyakiti dan mengganggu Nabi saw,. Kepada Kaab dinasihatinya …, supaya segera datang kepada Nabi di Madinah.dan memohon maaf daripada Nabi saw diatas kejahilannya dan ketelanjurannya dahulu di dalam menghinaNabi dan keluarga baginda.. Bujair juga memberitahu kepada Ka’ab bahwa Nabi saw tidak pernah menghukum orang yang datang kepada baginda saw dan menyatakan penyesalannya; atau orang menyelamatkan diri dengan memohon kemaafan dan perlindungan daripada Nabi saw..

Setelah mendapat jaminan dari saudaranya Bujair ibn Zuhair itu cepat-cepat Kaab..pergi ke Madinah dan menumpang di rumah seorang kawan lama. Keesokan harinya pagi-pagi ia pergi ke masjid…., kemudian dia memohon maaf kepada Nabi saw….meminta perlindungan daripada nabi saw dan memeluk Islam agama yang di dalamnya diturunkan Al Quran….yang amat memikat hatinya…..setelah diperkenankan oleh Nabi saw Ka’ab dengan tenang hatinya setelah menerima hidayah Allah membacakan sajak ini………..

Berpisah dengan Su'ad
Hatiku kini merana karena cinta
Tergila-gila mengikutinya, terpukau
Tiada lagi ada belenggu.

Nabi kemudian memaafkannya dan setelah itu dia menjadi orang Islam yang baik……menjadi penyair yang membela Nabi saw dan agama Islam……

Karena pengaruh Ka’ab itu jugalah, maka kabilah-kabilah mulai dating menemui Nabi saw dan menyatakan kesetiaan mereka…... Dari kabilah Tayy datang pula utusan dipimpin oleh ketuanya sendiri, Zaid al-Khail.

Setelah mereka ini tiba..di Madinah, Nabi saw pun menyambut mereka dengan mesra dan baik sekali. Ketika terjadi perbualan dengan Zaid,…. Nabi saw berkata: " Setiap tokoh pimpinan dari kalangan Arab yang digambarkan oleh penyair begitu baik sekali…,tetapi apabila tokoh itu itu datang kepadaku, ternyata ia tidakalah sehebat dengan apa yang digambarkan orang, kecuali Zaid al-Khail ini. Ia melebihi daripada apa yang digambarkan orang kepadaku."

Lalu ia dinamainya 'Zaid al-Khair,' (Zaid yang baik) bukan lagi, Zaid al-Khail, ('Zaid si kuda')

.Kesemua kaum masyarakat Kabilah Tayy kemudian masuk Islam termasuk Zaid sendiri sebagai pemimpinnya

Begitulah hebatnya pengaruh orang seni…dan penyair-penyair penghibur pada zaman jahiliyah yang beriman dengan Nabi saw…..kalau dahulunya hidup bergelumang dengan glamour dan kemewahan serta maksiat tetapi sekarang sudah menerima hidayah kesedaran dan berubah…serta mahu…kepada Islam…..

Apabila Islam disebar luaskan sehingga ke Eropah..para penyair memainkan peranan yang besar untuk menaikkan semangat tentera Islam..dan apabila dibukakan Allah kekayaan kepada empayar Islam..penyair-penyair Islam juga diberikan kekayaan oleh Allah taala sebagai tanda keberkatan di atas usaha seni mereka yang Islamik dan berbentuk ibadah.

Kepada golongan artis yang sudah berhijrah kepada Islam dan kebaikan tahniah dari saya…semoga tabah menghadapi tomahan dan ejekan orang…walau yang bercakap itu seorang ustaz….

Kadangkala ustaz yang bercakap tu pun dah tak laku…cari glamour juga tu…….

Khamis, 21 Jun 2012

BERITA-BERITA BERGAMBAR

Assalamu'alaikum...
Selamat berjuang dan meneruskan kegiatan kepada semua Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Perak dan LKK PAS 24 kawasan seluruh Perak.
Untuk memulakan pengisian blog LKK PAS Perak yang namanya HIJAU PRIHATIN ini berita-berita bergambar kegiatan bolehlah diemel ke alamat lkkpasperak@gmail.com dan maklumkan kepada Sdr Mohamad Rrashidi Mohamad Yusuf di talian 013 5020254.
Hantar segera berita untuk dimuatkan ke dalam blog baru ini.
Sekian.
Terima kasih.

Khamis, 14 Jun 2012

CATATAN SULUNG BLOG LKK

Assalamu'alaikum...
Catatan sulung untuk blog Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan PAS Perak ini sekadar sebagai pengumuman untuk semua rakyat di negeri yang pernah tercatat sejarah hitam ini. Sejarah hitam yang penulis maksudkan ialah RAMPASAN KUASA Barisan Nasional (BN) yang diterajui parti Melayu, Umno. Rampasan kuasa setelah sebelas bulan Pakatan Rakyat memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakan (LKK) PAS Perak berhasrat menjadi salah satu daripada lajnah dalam Badan Perhubungan PAS Negeri Perak yang mampu memainkan peranan sewajarnya untuk menjuarai kebajikan kepada rakyat Perak serta memimpin masyarakat ke arah hala tuju yang selaras tema  Membangunkan Negara Berkebajikan.
Membangunkan Negara Berkebajikan semoga berjaya direalisasikan selepas PAS dan Pakatan Rakyat berjaya ke Puterajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, insya-Allah.
Sekian.